Thursday, 20 June 2019

We Hiring.


#jawatankosong
#binakarier
#kemahiran

Jawatan: Technician Aircond Kenderaan.

Job scope: Baikpulih sistem aircond kenderaan.

Tawaran gaji: RM2500.00++ (up to skill)



Ciri ciri seperti berikut:

+ lelaki sahaja

+ umur 18 tahun sehingga 35 tahun

+ mahir

+ separuh mahir

+ fresh/perantis/intern

+ epf/socso

+ kwsp

+ elaun kedatangan

+ intensif menarik



2 pilihan cara untuk memohon:

1. Hantar resume ke alamat email ini:
piawautohr@gmail.com
piawautohr@gmail.com

2. Walkin interview.
Setiap hari isnin dan rabu, jam 10.00 pagi.

.

Alamat:

131, Jalan TU 3
Taman Tasik Utama
75450 Ayer Keroh
Melaka

.

Waktu operasi:

Isnin - Sabtu
9:00 pagi - 6:30 petang

.

Link maps location

Waze: https://waze.com/ul/hw22szw0dc

Google maps: https://goo.gl/maps/2xMx8YhQVgo

Terima kasih.

Wednesday, 22 May 2019

Bukan semua.

Jika tuan puan bertanya kenderaan model apa yang kami baikpulih.

Kami akan jawab, tidak semua model kami mengambil untuk proses pembaikkan.
Ini kerana akan melibatkan faktor faktor teknologi dan juga peralatan yang perlu digunakan.

Jika kami boleh membantu tuan puan untuk proses baikpulih, kami akan bantu.
Jika kami tidak boleh membantu, kami akan bantu tuan puan rekomen kepada rakan rakan kami yang mempunyai autoriti.


Semoga tuan puan dapat manfaat.
Yang penting masalah mesti dapat diselesaikan.

Integrity - Quality - Hihgvalue








Friday, 5 April 2019

Kami aktif di FACEBOOK


https://web.facebook.com/bengkelaircondmelaka/

Tuan puan boleh ikuti kami di platform facebookpages atas nama bengkel aircond melaka.

Banyak info dan maklumat kami kongsikan disitu.


See you there.

Love from malacca.

Monday, 1 April 2019

Step by step





Proses pemeriksaan kerosakan sistem aircond perlu dilakukan dengan teliti.

Ini kerana sistem aircond berkaitan diantara satu sama lain.

Salah proses pemeriksaan maka salah proses pembaikkan.

Step by step.

Masa amat penting.

Rancang masa tuan puan, agar kerosakan dapat dibaikpulih dengan cemerlang.


Sunday, 31 March 2019

Ketelitian





Hampir 95% kenderaan yang ada dimalaysia, proses baikpulih memerlukan proses kerja membuka dashboard.
Apabila tiada kepakaran yang betul,
Masalah yang sering berlaku selepas baikpulih sistem aircond kenderaan adalah seperti berikut:
+ dashboard bergegar dan menggigil
+ tinted calar
+ speaker tidak berfungsi
+ radio tiada siaran
+ lampu tidak menyala
+ lampu indikator indikator menyala
+ karpet lantai basah akibat air aircond
Ada banyak lagi, itu adalah diantara masalah yang akan berlaku jika tersalah melakukan pembaikkan dan pemasangan

Tenang, teliti dan kemas.

Wednesday, 20 March 2019

Gelombang Haba menyebabkan sistem terganggu!


Sistem aircond kereta panas.
Ramai Yang Bertanya Kenderaan Model Apa Yang Kami Baikpulih
Menjawab persoalan:
+ disini Kepakaran Kami khusus didalam pembaikkan sistem aircond kenderaan sahaja
+ antara model kenderaan yang menjadi pilihan untuk kami bantu adalah.
1. Malaysian Car
2. Japanese Car
3. Korean Car
4. Continental Car
.
Mengapa diberi perhatian/fokus terhadap sistem aircond sahaja?
+ ini kerana sistem aircond kenderaan memerlukan pengkhususan
+ memerlukan penelitian bukan sahaja kepada sistem aircond malah sistem wiring yang terkait pada kenderaan
+ contoh: kerja kerja membuka dan menanggalkan dashboard kenderaan memerlukan kemahiran dan skill yang tinggi, kemas dan lembut
+ contoh: untuk menukar alatganti compressor bukan menggantikannya begitu sahaja kerana banyak perkara lain yang terlibat perlu diambil kira, jikalau tidak masalah akan berulang
.
Berkaitan dengan teknologi:
+ semakin hari, teknologi yang terdapat pada kenderaan adalah semakin berteknologi tinggi
+ contoh: GPS/navigation yang menggunakan setting terus kepada satellite
+ conton: keyless yang menggunakan sistem remote control
+ contoh: control switch yang terdapat pada dashboard panel dan controller pada set steering seperti gearcontrol tiptronic
+ jika tiada kepakaran kepakaran yang diperlukan maka, akan ada masalah yang berlaku selepas baikpulih
kerana itu tidak semua model kenderaan yang kami akan sambut untuk baikpulih, ada model yang mahu tidak mahu kami terpaksa menghala tuan dan puan untuk ke pusat servis pengeluar kenderaan tersebut. Ini kerana teknologi.
.

Hampir 95% kenderaan yang ada dimalaysia, proses baikpulih memerlukan proses kerja membuka dashboard.
Apabila tiada kepakaran yang betul,
Masalah yang sering berlaku selepas baikpulih sistem aircond kenderaan adalah seperti berikut:
+ dashboard bergegar dan menggigil
+ tinted calar
+ speaker tidak berfungsi
+ radio tiada siaran
+ lampu tidak menyala
+ lampu indikator indikator menyala
+ karpet lantai basah akibat air aircond
Ada banyak lagi, itu adalah diantara masalah yang akan berlaku jika tersalah melakukan pembaikkan dan pemasangan
.
Nota: kami tidak melakukan sebarang proses modifikasi untuk mengubahsuai dashboard
Kami hanya memberikan solusi yang terbaik, dari segi alatganti dan juga proses kerja. Cuaca semakin panas, alatganti memainkan peranan yang sangat penting.

Friday, 1 February 2019

Info bernilai tinggi mengenai compressor aircond.


Baru tukar compressor, dah rosak semula!
Ramai yang mempunyai masalah begini. 
Masalah ini berlaku disebabkan beberapa faktor, agak teknikal tetapi teruskan pembacaan.

Ini ilmu mahal kerana compressor tulen/original tiada jaminan yang akan diberikan.

Mana mana kedai yang membaiki sistem aircond kenderaan sama sahaja, kecuali untuk satu set sistem didalam satu resit tarikh yang sama. Koyak rabak poket kalau kena.

Jadi ilmu ini khusus untuk tuan dan puan yang mahukan alatganti berkualiti tinggi sahaja.

Yang tidak mahu, tuan puan boleh berhenti membaca setakat ini sahaja, Ok chill ðŸŒ¹
.
Jom kita mulakan dengan kerosakan compressor yang menjadi masalah dikenali sebagai 'lose power'

Lose power tetapi sistem tidak tercemar atau disebut sebagai sistem hitam. Sistem hitam ini akan dikongsikan mengenainya pada posting akan datang. Tunggu.

Alatganti yang mahu digunakan adalah original kerana tidak ada pilihan lain dan ia sangat berkualiti berbanding bukan original.

.

Disini dikongsikan secara ringkas cara cara penyelesaian masalah.

Penyelesaian Masalah Tahap Pertama:
+ tukar compressor
+ tukar condensor
+ lakukan major servis

Penyelesaian Masalah Tahap Kedua:
+ tukar compressor
+ lakukan proses major servis

Penyelesaian Masalah Tahap Ketiga:
+ tukar compressor
+ tukar dryer filter

Penyelesaian Masalah Tahap Keempat:
+ tukar compressor

.

Tahap penyelesaian mana satu yang terbaik?

Tahap pertama
+ sistem kembali normal seperti sediakala

Tahap kedua
+ sistem tidak normal kerana condensor tidak ditukar khuatir ada sedikit sumbatan berlaku
+ ada risiko compressor kembali rosak

Tahap ketiga
+ sistem tidak normal kerana khuatir terdapat sumbatan didalam condensor dan sistem tersumbat
+risiko compressor kembali rosak adalah tinggi

Tahap keempat
+ tidak ada apa apa perubahan yang berlaku kepada sistem
+ risiko compressor kembali rosak adalah sangat tinggi



Jadi mengapa kita perlu lakukan tahap pertama?

1. Kerana sistem aircond adalah satu sistem aliran sehala.
2. Maksud nya dari titik A ia pergi ke titik B dan ia akan kembali semula ke titik A.
3. Ia akan berlaku pengulangan selama mana aircond berfungsi.
4. Kerana apabila compressor mengalami masalah ia sedikit sebanyak merosakkan bahagian dalaman compressor.
5. Kerana bahagian dalaman compressor terdapat bahan bahan yang diperbuat dari besi, aloy, getah.
6. Apabila bahan bahan itu bergesel sesama sendiri ia akan menghasilkan satu benda halus bercampur antara besi, aloy dan getah.
7. Benda benda halus ini akan tersebar ke seluruh sistem mengikut perjalanan sistem.
8. Benda ini juga akan kembali semula ke dalam compressor selama mana sistem berfungsi seperti pada nombor 2.
9. Benda benda ini boleh menyebabkan berlakunya kompenan yang sumbat, terutamanya condensor, dryer filter dan juga expansion valve.

Compressor original sangat mahal, majoriti harga bagi model kenderaan yang ada di malaysia ini ribuan ringgit. Dan boleh mencecah belasan ribu ringgit.
Jangan merisikokan dengan melakukan pembaikkan yang tidak betul dari awal pembaikkan.
Kerana kesan untuk compressor kembali mengalami kerosakan adalah mengambil masa, mengikut pengalaman antara 3 hingga 5 bulan selepas pemasangan.



Sekian dahulu perkongsian ilmu mahal ini.

Akan dikongsikan lagi ilmu mahal dilain posting.

Di link ini terdapat info mahal khas untuk tuan dan puan: https://www.facebook.com/bengkelaircondmelaka/posts/688019181389160

Untuk logik akal mengatakan compressor rosak hanya perlu tukar compressor sahaja.
Logik akal itu betul cuma tidak tepat sahaja.

Kerana ada banyak kes berlaku kepada pemilik kenderaan yang sudah melakukan penukaran keseluruhan alatganti pun masih juga tidak selesai masalah.


Semoga bermanfaat.