Friday 1 February 2019

Info bernilai tinggi mengenai compressor aircond.


Baru tukar compressor, dah rosak semula!
Ramai yang mempunyai masalah begini. 
Masalah ini berlaku disebabkan beberapa faktor, agak teknikal tetapi teruskan pembacaan.

Ini ilmu mahal kerana compressor tulen/original tiada jaminan yang akan diberikan.

Mana mana kedai yang membaiki sistem aircond kenderaan sama sahaja, kecuali untuk satu set sistem didalam satu resit tarikh yang sama. Koyak rabak poket kalau kena.

Jadi ilmu ini khusus untuk tuan dan puan yang mahukan alatganti berkualiti tinggi sahaja.

Yang tidak mahu, tuan puan boleh berhenti membaca setakat ini sahaja, Ok chill ðŸŒ¹
.
Jom kita mulakan dengan kerosakan compressor yang menjadi masalah dikenali sebagai 'lose power'

Lose power tetapi sistem tidak tercemar atau disebut sebagai sistem hitam. Sistem hitam ini akan dikongsikan mengenainya pada posting akan datang. Tunggu.

Alatganti yang mahu digunakan adalah original kerana tidak ada pilihan lain dan ia sangat berkualiti berbanding bukan original.

.

Disini dikongsikan secara ringkas cara cara penyelesaian masalah.

Penyelesaian Masalah Tahap Pertama:
+ tukar compressor
+ tukar condensor
+ lakukan major servis

Penyelesaian Masalah Tahap Kedua:
+ tukar compressor
+ lakukan proses major servis

Penyelesaian Masalah Tahap Ketiga:
+ tukar compressor
+ tukar dryer filter

Penyelesaian Masalah Tahap Keempat:
+ tukar compressor

.

Tahap penyelesaian mana satu yang terbaik?

Tahap pertama
+ sistem kembali normal seperti sediakala

Tahap kedua
+ sistem tidak normal kerana condensor tidak ditukar khuatir ada sedikit sumbatan berlaku
+ ada risiko compressor kembali rosak

Tahap ketiga
+ sistem tidak normal kerana khuatir terdapat sumbatan didalam condensor dan sistem tersumbat
+risiko compressor kembali rosak adalah tinggi

Tahap keempat
+ tidak ada apa apa perubahan yang berlaku kepada sistem
+ risiko compressor kembali rosak adalah sangat tinggi



Jadi mengapa kita perlu lakukan tahap pertama?

1. Kerana sistem aircond adalah satu sistem aliran sehala.
2. Maksud nya dari titik A ia pergi ke titik B dan ia akan kembali semula ke titik A.
3. Ia akan berlaku pengulangan selama mana aircond berfungsi.
4. Kerana apabila compressor mengalami masalah ia sedikit sebanyak merosakkan bahagian dalaman compressor.
5. Kerana bahagian dalaman compressor terdapat bahan bahan yang diperbuat dari besi, aloy, getah.
6. Apabila bahan bahan itu bergesel sesama sendiri ia akan menghasilkan satu benda halus bercampur antara besi, aloy dan getah.
7. Benda benda halus ini akan tersebar ke seluruh sistem mengikut perjalanan sistem.
8. Benda ini juga akan kembali semula ke dalam compressor selama mana sistem berfungsi seperti pada nombor 2.
9. Benda benda ini boleh menyebabkan berlakunya kompenan yang sumbat, terutamanya condensor, dryer filter dan juga expansion valve.

Compressor original sangat mahal, majoriti harga bagi model kenderaan yang ada di malaysia ini ribuan ringgit. Dan boleh mencecah belasan ribu ringgit.
Jangan merisikokan dengan melakukan pembaikkan yang tidak betul dari awal pembaikkan.
Kerana kesan untuk compressor kembali mengalami kerosakan adalah mengambil masa, mengikut pengalaman antara 3 hingga 5 bulan selepas pemasangan.



Sekian dahulu perkongsian ilmu mahal ini.

Akan dikongsikan lagi ilmu mahal dilain posting.

Di link ini terdapat info mahal khas untuk tuan dan puan: https://www.facebook.com/bengkelaircondmelaka/posts/688019181389160

Untuk logik akal mengatakan compressor rosak hanya perlu tukar compressor sahaja.
Logik akal itu betul cuma tidak tepat sahaja.

Kerana ada banyak kes berlaku kepada pemilik kenderaan yang sudah melakukan penukaran keseluruhan alatganti pun masih juga tidak selesai masalah.


Semoga bermanfaat.